Akal menidakkan,tapi hati mengiyakan..Itulah realiti,terima dan hadapinya...

Lukisan Alam

"..sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambahkan nikmat-Ku kepadamu, dan jika kamu mengingkari nikmat-Ku maka sesungguhnya azabKu sangat pedih.." 14:7

Kebiasaannya bila kita dikurniakan nikmat,rezeki,kegembiraan mahupun kelebihan, apa yang kita akan lakukan????????


BERSYUKUR!!!!!!

ya!!! itulah yang sepatutnya kita lakukan...
tapi......

jika kita diberikan kekurangan,kecacatan,kemiskinan,kedukaan,ujian......
bersyukurkah kita???? berapa ramai yang bersyukur??????
(sambil tersenyum kelat@mungkin berkerut memikir)
tepuk dada tanya iman.....

saya pasti mungkin segelintir diantara kita yang bersyukur bila ditimpa ujian..jika diukur peratusannya mungkin dari 100% hanya 5%-10% yang bersyukur dan berlapang dada bila ditimpa ujian...

sedarkah kita???????
sangat-sangat beruntung bagi mereka yang selalu bersyukur dan bersabar. Banyak kelebihan yang diberikan oleh Allah kepada mereka yang bersyukur dan bersabar dengan ujian kurnianNya...yang pasti dapat PAHALA....jikalah pahala dapat dilihat dengan mata kasar macam dapat DUIT, mesti ramai yang akan bersifat begini kan...sabar,syukur,dan banyak lagi..tapi Allah itu AL-HAKIM,Dia tahu apa yang terbaik buat hambaNya...

Allah S.W.T. berfirman :
 "..mereka yang sabar dalam musibah,kemiskinan dan ketika peperangan. merekalah orang-orang yang benar dan merekalah orang-orang yang bertaqwa ; memelihara dirinya dari kejahatan". 2:177

bak kata-kata orang puteh -->
" after every storm there is a a rainbow "
Walau apa jua ujian yang diberikan, kuatkan semangat dan azamkan tekad. Yakin dengan janji Tuhan..biar kita miskin, biar kita cacat, biar kita buruk..asal hidup mendapat berkat dariNya...selalu memandang orang yang kurang dari kita..bukan untuk merendahkan mereka, tapi supaya kita ambil iktibar darinya..syukur kita masih ada apa yang mereka tiada..insyaAllah rasa syukur itu akan lahir...

Fikirkan setiap kekurangan yang diberikan pasti ada kelebihan yang menanti, yang mana kita sendiri tidak mengetahuinya melainkan setelah kita memperolehinya...dan begitulah sebaliknya..kita diciptakan tidak sempurna,bahkan memerlukan antara satu sama lain untuk saling melengkapi..

Ingat!!!! Kekurangan itu hebat..so jangan pernah rasa rendah diri dengan kekurangan yang ada. Apa yang Allah kurniakan mempunyai kelebihan dan keberkatan tertentu..yang penting yakin denganNya...

Nah layan-layan lagu ni, mana tau tersentuh hati kita ni....

Hidup tak selalunya indah
langit tak selalunya cerah
suram malam tak berbintang
itulah lukisan alam
begitulah aturan Tuhan

jadilah rumput nan lemah lembut
tak luruh dipukul ribut
bagai karang didasar lautan
tak terusik dilanda badai

dalam suka, hitunglah kesyukuranmu
dalam senang, awasi kealpaanmu
setitis derita melanda
segunung kurnianNya

usah mengharapkan kesenangan
dalam perjuangan perlukan pengorbanan
usah dendam berpanjangan
maafkan kesalah insan

dalam diam, taburkan baktimu..
dalam tenang, buangkanlah amarahmu..
suburkanlah sifat sabar 
dalam jiwamu itu
didalam jiwamu itu.



" dan taatlah kepada Allah dan RasulNya dan janganlah kamu berbantah-bantahan,yang menyebabkan kamu menjadi gentar dan hilang kekuatanmu dan bersabarlah. Sesungguhnya Allah berserta orang-oarng yang sabar ". 8:46



tulisan kali ni mengikut mood--> ngah exam fever sebenarnye..
apa jua natijahnya nanti,terima dengan tabah,sabar n syukur...syukur....syukur....
tawakkal-usaha-tawakkal....serahkan segala kepadaNya..
duduk baik-baik..study rerajin... =)



Rahmat Ujian...

Allah itu SATU..apa yang terjadi pada kau juga akan berlaku pada aku...sama atau tidak sahaja ujian diberikanNya kepada aku...kau diuji sekarang kerana Dia sayangkan kau...Dia tahu kau mampu hadapinya..berada disisi keluarga tercinta boleh menguatkan diri kau...jangan sedih,,hampa,,putus asa...teruskan usaha,minta padaNya agar dithabatkan pendirian diri,tabah mengharunginya walau apa yang terjadi nanti..

aku disini hanya mendoakan kau agar mendapat kejayaan dalam apa jua yang kau inginkan...jatuh bangun itu adat hidup..jangan kau biarkan diri kau selamanya jatuh,hidup perlukan pembaharuan,ingat!! Allah tidak akan mengubah nasib seseorang melainkan dirinya sendiri yang ingin berubah..aku tau kau mampu lakukan..do your best my friend!!!!!
aku sayang kau..jangan sedih eh...kau tulis kesedihan dipasir biar ia disapu ombak..biarkan ia berlalu pergi selama-lamanya(aku bagi ayat hyperbola ni untuk kau jer


sekali kau sudah melangkah,teruskan jangan menoleh kebelakang semula



jaga diri baik-baik












Alahai Bunga ^^,



subhanallah,cantek ciptaanNya

Disebabkan terlalu sukakan bunga,salji n dedaun gugur yang cantik, so buat la keputusan nak belajar kat oversea..bila sampai jer negara 'seberang laut' ni,huh!! bukan main seronoknyer..hajat termakbul la katakan..heheee.
Tapi tak leh nak happy lame2 sangat,setahun pertama tu jer memang senyum sampai ketelinga la..dapat rasa musim sejuk,bila bercakap keluar asap(jakun sangat kan,m'sia mane ade), pastu dapat pulak tengok bunga warna-warni kembang sana,kembang sini..ish3 memang rasa macam disorga jer time tu..heheeeee(ni jakun ape tak tau la,macam mesia xde bunga jerr). 
Tapi.....bila Allah nak uji,bila2 masa jer Dia boleh bagi...lagho sangat gamoknyer..
Haaa bila masuk musim sejuk tahun kedua, ambek kau!! alahan musim beb {Seasonal allergies @ hay fever @ allergic rhinitis }..berkelana jugak la masa tu..mane2 area yang terdedah gatal2,bengkak2.ditakdirkan masa tu yang kenenyer muka..Ya Allah!!! tak tau nak wat apa,macam2 rase ade..nak balek mesia mase tu jugak rasenyer..makan masa jugak nak sembuh,pantang bagai..n Alhamdulillah dalam 2 minggu ade rasenyer , sembuh alahan tu..ramai jugak yang kena alahan ni,ade muka ade tangan..mane2 yang terdedah kene la..

Musim yang dinantikan antara empat2 musim,SPRING @ musim bunga. Alhamdulillah dapat lagi merase,  mungkin buat kali terakhir sebab tahun ni da nak balek mesia..inshaAllah ;)..alkesahnyer dengan musim bunga kali ni,teruji lagi..Dia bagi aku merasa alahan ni sekali lagi,tempat sama..Allahuakbar!! perit tu memang tak tau nak cakap la. sabar je ubat yang sangat2 diperlukan. tapi aku syukur sebab dalam ramai2,aku terpilih sebagai insan bertuah tu..memang sakit,sakit ni adalah teguran Dia untuk aku..tipulah kalau tak merungut kan,kenapa aku yang kene????? asyik2 aku jer,orang len ok jer..tumpah jugak air mata ni bila memikirkan mende yang jadi ni..
rupe-rupenyer teguran ni ada hikmahnyer,macam kate2 ni..sikit2 la,,,
" Aku minta pada Allah, setangkai bunga segar 
Dia berikan kaktus berduri, 
Aku minta pula kupu-kupu.. 
Dia berikan ulat.. 
 Aku sungguh kecewa dan sedih.. 
namun tak lama kemudian kaktus itu berbunga indah sekali.. 
dan ulat itu menjadi kupu-kupu yang sangat cantik..
Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari, 
Dia datang kan hujan.. 
kita bersedih dan tertanya-tanya.. 
kemana menghilangnya matahari.. 
rupa-rupanya Dia nak hadiahkan kita pelangi yang sungguh indah..
Begitulah Allah mengasihi kita....kadang-kadang Allah tak berikan kepada kita apa yang kita nak.. 
kerana ada yang lebih baik untuk kita.."
so,dari sakit ni rupe2 nyer..Dia kurniakan aku kawan-kawan yang baik,yang banyak membantu aku hadapi 'teguran' ini dengan tabah..terubat sikit derita ni..duduk oversea ni kawan-kawan la keluarga..semuanya sentiasa bersama..suka,duka,susah,senang,sakit,sihat sama2 jaga..terima kaseh..sayang korang semua....

Kami...InshaALLAH bersama selamanya..

Jadilah bunga yang sentiasa mekar dijambangannya,yang sering menghadap dirinya kelangit. Tidak pernah tunduk dan rebah walau ditiup angin kencang. Tetap teguh berdiri menghadapi cubaan...
Kalian, jadilah seperti wangian bunga yang sentiasa semerbak walau ada tangan-tangan khianat terhadapnya. Ia sentiasa memberika yang terbaik bagi sesiapa yang merapatinya umpama lebah yang datang mengambil madu. Ia tidak pernah menghalau bahkan mengalu-alukan.
 " Dan (Dia lah) yang menyatu-padukan di antara hati mereka (yang beriman itu). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu-padukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan di antara (hati) mereka. Sesungguhnya Ia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana."
8:63

semoga kuat lalui hari2 seterusnya..
moga cepat sembuh..







 

Kias Cinta



" Cinta bukan mengajar kita lemah,tetapi membangkitkan kekuatan dikala kepayahan. Cinta bukan mengajar kita menghina diri,tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat,tetapi membangkitkan semangat. Ingatlah cinta dan perasaan bukan untuk dipersendakan kerana ia bermain-main dengan jiwa. Jika jiwa rapuh dan goyah,rapuhlah ia bersama-sama cintanya.Jika jiwanya kuat dan tabah,pasti ia akan merangkak mencari cinta dalam naungan redha Pencipta."


nak menulis tapi idea tak datang2..


 


Da'ie bukan seorang yang manja!!!!

yes!!!! nk smpikan apa yang benar perlu kuat...xleh nk merengek sane,merengek sini...itu xleh ini xleh....
8:46 --> 
Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar. 
jadikan masalah sebagai penguat bukan pelemah semangat....

so,,,as a Mad'u..go!!!!! cari dan teruskan mencari....agar menjadi Da'ie yang mampu memberi sebanyaknya...


exammood --> study2!!!! bru leh jd Da'ie yg kuat...

Khaulah Al-Azwar

Bayt Ghuraba'
06:59 a.m.


Pekerti Srikandi ini seindah namanya...salah seorang srikandi hebat yang berjaya menggoyahkan ego dan mencabar semangat Sang Perwira Muslimin.... 



Khaulah Al-Azwar merupakan seorang wanita yang hidup di zaman Sahabat RA. Khaulah memiliki kekuatan jiwa dan fizikal yang kuat. Susuk tubuhnya tinggi lampai dan tegap. Sejak kecil beliau sudah pandai bermain pedang dan tombak. Rasulullah s.a.w. telah membenarkan Khaulah menyertai angkatan peperangan muslimin bersama-sama mujahidah yang lain.


Beliau adik kepada Dhzirar Al-Azwar yang kehandalannya di medan perang sememangnya tidak asing bagi bagi pencinta sirah Islam. Skil dan teknik bertempur ini turut diwariskan kepada Khaulah oleh ayahnya Al-Azwar. Khaulah lantas menjadi seorang wanita yang mahir berpedang dan berkuda. Jika diteliti sirah mujahidah ini, boleh dikatakan beliau ialah pahlawan muslimat paling handal dalam sejarah Islam.



Dalam Perang Yarmouk, beliau menjadi salah seorang yang menonjol atau memimpin kaum wanita yang turut serta terlibat. Bahkan, beliau turut mengalami kecederaan di kepala dalam peperangan yang sangat bersejarah itu.


Namun, kisah kehandalannya bertempur yang paling masyhur adalah dalam satu operasi tentera Muslimin untuk menyelamatkan saudaranya Dhzirar yang telah ditawan tentera Rom sewaktu satu penggempuran di sekitar Damascus. Khaulah telah turut serta dalam operasi tersebut. Dengan berpakaian hitam, serban hijau dan menggunakan skarfnya sebagai topeng, beliau yang menyertai pasukan Khalid bin Al-Waleed meluncur laju ke arah musuh, bertempur dengan handal dan cermat; membantu tentera Muslimin yang ketika itu sudah keletihan berlawan. Raafe bin Umaira, panglima skuad sebelum ketibaan Khalid mengungkapkan ketakjubannya, “Beliau berlawan seperti Khalid, namun jelas beliau bukan Khalid”.



Khaulah mempamerkan kehandalannya berkuda dan bertempur dengan tombak. Beliau meluncur laju ke arah barisan Rom, membunuh seorang dengan tombaknya, lalu meluncur ke arah barisan Rom di bahagian lain dan mencederakan atau membunuh tentera Rom yang lain. Pertempurannya secara solo itu ibarat menjadi satu pertunjukan kepada tentera Muslimin yang lain di samping membangkitkan semangat mereka untuk terus berjuang. Beliau akhirnya mendedahkan identitinya yang pasti mengejutkan sesiapa yang mengetahui (dicatatkan Khalid hampir-hampir terjatuh dari kudanya). Akhirnya, tentera Muslimin, bersama Khaulah berjaya membebaskan panglima Dhzirar dalam satu operasi serangan berikutnya di Beit Lahiya, Gaza, Palestin.



Sewaktu menyertai perang Sahura, Khaulah dan beberapa orang wanita telah ditawan oleh musuh. Mereka telah dikurung dan dikawal rapi beberapa hari lamanya tanpa senjata untuk melepaskan diri.



Nampaknya tidak ada cara lain yang paling berkesan melainkan membakar semangat sahabat-sahabatnya yang lain, agar dapat bertindak pantas sebelum musuh mengapa apa-apakan mereka. Khaulah sedar Allah sendiri memberi jaminan bahawa kekuatan jiwa boleh mengalahkan kekuatan senjata. Maka Khaulah pun berkata:



"Wahai sahabat-sahabatku yg sedang berjuang di jalan Allah, apakah saudari-saudari sanggup menjadi tukang-tukang picit orang Rom? Apakah juga saudari semua sanggup menjadi hamba-hamba orang kafir yang dilaknati itu. Relakah saudarai dihina dan dicaci maki oleh orang Rom durjana itu? Dimanakah letaknya harga diri saudari sebagai seorang pejuang yang rindukan syurga Allah. Dimanakah letak kehormatan saudari sebagai seorang Islam yang bertaqwa? Sesungguhnya mati itu adalah lebih baik bagi kita semua daripada menjadi hamba-hamba orang Rom".



Seorang daripada mereka menjawab, "Sesungguhnya apa yang engkau katakan itu adalah benar. Demi Allah, kami semua mempunyai harga diri. Pedang lebih berguna dalam keadaan begini. Kalau kita lalai umpama kambing yang tidak bertanduk tifak (mempunyai senjata)". Masing-masing mengemukakan berbagai pendapat dan semuanya menunjukkan ingin mati syahid. Tidak seorangpun yang mahu menjadi tukang picit orang Rom. Tetapi malangnya mereka tidak mempunyai senjata hatta sebilah pisau pun tidak ada. Tetapi Khaulah tidak mati akal dia terus menjawab:



“Wahai wanita-wanita muslimin sekalian, tiang-tiang dan tali khemah ini sangat berguna bagi kita dan cukuplah ini saja senjata kita. Syahid lebih baik bagi kita dan inilah saja cara yang terbaik untuk kita melepaskan diri dari kehinaan ini, sebelum mereka dapat menyentuh kita atau menyentuh salah seorg dari kita. Mari kita bersumpah untuk bersatu dalam hal ini untuk menyerah diri kepada Allah. Sesungguhnya Allah akan menolong orang-orang yang menolongNYA”.



Masing-masing menjawab, “Demi Allah segala-segalanya katamu itu adalah benar. Kami tidak rela hidup dihina, syahid lebih baik bagi kami daripada hidup menanggung malu”.



Tekad para tawanan ini sudah bulat. Setelah menetapkan harinya maka mereka pun melaksanakan keputusan yang dibuat. Sebelum itu mereka berdoa sungguh-sungguh pada Allah dan bertaubat dengan segala dosa yang lalu. Menangis dan merayu memohon campakkan dalam hati mereka kekuatan jiwa yang kuat dan semoga Allah memudahkan pekerjaan dan berharap semoga datanglah bantuan-bantuan ghaib untuk menolong mereka. Khaulah telah memimpin segala urusan dalam pekerjaan berat itu, dia menyandang tiang kayu siap untuk berjuang. Sebelum itu dia memberi taklimat kepada anak-anak buahnya:



"Wahai saudari, jangan sekali-kali gentar dan takut. Kita semua harus bersatu dalam perjuangan ini dan jangan ada yang terkecuali, patahkan tombak mereka, hancurkan pedang mereka, perbanyakkan bacaan takbir dan yang penting ialah saudari mesti kuatkan hati saudari semua. Insya Allah pertolongan Allah sudah dekat".



Begitulah keyakinan Khaulah, berkat keberaniannya mereka semua terselamat dari segala bentuk bencana itu. Setelah mengikat segala yang perlu, dia diikuti oleh Ifra Bt Ghaffar, Ummi Bt Utbah, Salamah Bt Zari’, Ran’ah Bt Amalun, Salmah Binti Hu’man dan seluruh wanita lainnya. Khaulah mendahului memukul pengawal dengan tiang yang dibawanya lalu menamatkan riwayat tersebut. Wanita-wanita lain bila melihat itu, maka masing-masing bersedia menyerang pengawal-pengawal lain dan bertempurlah mereka dengan gagah berani.



Orang-orang Rom ketakutan kerana serangan yang datang secara tiba-tiba. Khaulah berjaya merampas sebuah tombak lalu digunakan untuk bertempur sedangkan tiang di tangan kanannya digunakan sebagai melindungi dirinya dari tusukan tombak dan tebasan pedang.



Akhirnya Khaulah dan semua wanita berjaya mencerai beraikan pasukan Rom dapat melepaskan diri dari kafir durjana dan kembali ke pasukan Islam dengan selamatnya.

***********

Aku rindu kalian wahai srikandi2 'Khaulah Al-Azwar'
K.Izzati, Adilah, Izzaty, Faizah, Dina, Nabilah n aku.....
andai kita masih bersama,bersatu pasti terjadi sesuatu..tapi Dia lebih mengetahui apa yang terbaik buat kita semua..aku relakan perpisahan ini..aku mahu menjadi seorang yang redha atas segalanya..aku doakan kalian berjaya diatas jalan ini...
















































Without A Word

shouldn't have done it,
should have ignored it
like it wouldn't be seen,
like it couldn't be seen
i don't think i should have seen you
should have run away
should have pretended not to hear
like it wouldn't be heard,
like it couldn't be heard
i shouldn't have listened to your love..
without a word,you made me know love
without a word,you gave me your love
made me fill myself with your every breath,
then you run away
without a word,love left me
without a word,love tossed me aside
not knowing what to say
my lips must have been suprised
because you came without a word...


















Sayang Korang!!!!! ^^,

Bismillahirrahmanirrahim....

tama-tamanyer tanx coz korang x kesah makan kat luar..n sori ngat coz x masak tok korang semalam my turn masak ..to mira hope u x touching coz kitorang tinggal ko sorang2 jer semalam...len kali kita g satu rumah k..maybe ak leh belanje korang lak....

aku agak-agak tempat kita makan semalam best la erk..korang makan clear sume mende semalam kan...so ak simpulkan ok la...then tanx for the go kart,memang best r..korang the best!!!!!
shopping2 pon best gak ngan korang,byk pengalaman la orang kate...mcm pakar runding shopping gitu...heheee (n_n)
aku abadikan kenangan korang kat dalam ni...

tudung corak2 ni mira yang ditinggalkan kami

at Arabella Mall n Go Kart






 at Mat3am Kharbush


 beriyani n mandi 
due2 ni nasi yang sama sebenarnyerr,tp name jer len2


H.O.L.L.A.N.D

story ni just diawangan jer(terase nk berjimba-jimba kat negare ni)..angan-angan tinggi melangit ade hati nk jejalan negare orang kan..hahaaaaa

corat ni bukan cerita sal negara tu sebenarnyerr...tapi something dari HO.L.L.A.N.D ni yang nak disyerkan..
here------->> it mean
                   " Hope Our Love Last And Never Die.." jiwang ditengahari..heheee
sesape yg bace or layan this story mesti tau this quote for who and what the meaning right..from great novelis Anis Ayuni,Gemersik Kalbu...but ceq bukan nak cirita n maksudkan macam yang hampa dok pikir tau...ni lagi dalam maksudnyerr..
bila sebut CINTA or LOVE mesti pikir ngan manusia jerrkan(agak2 jer,tp asenyer ye je kan),,hati n akal jawab:betul!!! Tapi cinta ni bukan untuk diri sendiri or yang bergelar manusia jer..binatang,tumbuh-tumbuhan, n everything dalam dunia ni mahukan cinta tu...termasuklah cinta kita kepada yang satu ni iaitu CINTA kita untuk DIA...Allah lah tempat kita perlu berharap sepenuhnya sebenarnya..dahulukan cinta kita untuk Dia,pasti cinta yang lain kita akan perolehi dengan senang dan tenang..bila bercerita sal cinta ni,sangat2lah berkait rapat dengan HATI..tempat yang paling lembut,senang terusik,bermain dengan perasaan..senang kate xde hati xde rase laa..semuanyerr bermula dari seketul daging(hati) ni..betul x????
aku suke sangat dengan hadith ni --->

عن أبي عبدالله النعـمان بن بشير رضي الله عـنهما، قـال: سمعـت رسـول الله  يقول: { إن الحلال بيّن، وإن الحـرام بيّن، وبينهما أمـور مشتبهات لا يعـلمهن كثير من الناس، فمن اتقى الشبهات فـقـد استبرأ لديـنه وعـرضه، ومن وقع في الشبهات وقـع في الحرام، كـالراعي يـرعى حول الحمى يوشك أن يرتع فيه، ألا وإن لكل ملك حمى، ألا وإن حمى الله محارمه، ألا وإن في الجـسد مضغة إذا صلحـت صلح الجسد كله، وإذا فـسـدت فـسـد الجسـد كـلـه، ألا وهي الـقـلب }.

Daripada Abu Abdullah al-Nu'man ibn Basyer r.a. ﻋﻨﻬﻤﺎ اﷲ رﺿﻲ beliau berkata: Aku telah mendengar 
Rasulullah SAW bersabda: 
      " Sesungguhnya perkara yang halal itu terang jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu terang jelas,dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya. Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat maka sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya. Dan barangsiapa yang terjatuh dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya. Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkaraperkara yang diharamkanNya. Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak,maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati". 
Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.

Cinta Allah tu cinta yang abadi..Dia x memilih sesiapapun,semua orang layak dapatkan cintaNya yang hakiki tu..ianya berbalik pada kita jerr nak atau xnak..Allah tu dekat sangat ngan kita..haaaa mesti pelik kan macam mane..senang sangat nak rase yang Allah tu dekat n sentiasa ada ngan kita..bagi aku macam mane nak rase dekat denganNya,jika dalam hati ni sentiasa ingat kan DIA,aku mesti rase Dia ade dengan aku..dengan berzikir pon boleh buat kita ingatknNya yang ni nampak islamik,so leh tukar care len..janji ape yang kita wat tu rase Dia ade ngn kita..ngat pe yang kita wat kene ade aim n dapat capai aim kita..banyak sangat cara sebenarnyer yg kita boleh buat tok dapatkn cintaNya n rase Dia ade ngn kita..InsyaAllah kita akn dapat sampai bila2,sesuai ngn kate2 yang atas tu....
teringat satu rangkap lagu ni..
"..Cinta yang sejati hanya cintakan Illahi..Cinta ayah bonda tulus suci selamanya..Cintakan saudara masa berada hanya sementara..Cinta sesama insan suburkan dengan ketaqwaan.. "





Itu Semua MilikNya


(( وَمَكَرُوا وَمَكَرَ اللَّهُ وَاللَّهُ خَيْرُ الْمَاكِرِينَ ))
sepotong ayat cintaNya (al-Imran:54) yang memberi maksud yang terlalu mendalam.. Kita hanya merancang,tapi Allah sebaik-baik perancang dan penentu sesuatu perkara..ingat satu perkara ni..KEJAYAAN DITARIK OLEH USAHA BUKAN DITOLAK OLEH NATIJAH...
sekarang ni apa yang penting kena redha..tidaklah Allah memberi sesuatu itu seperti yang kita harapkan,kadang-kala jatuh itu perlu agar aku sedar..jangan lalai dari tugasan sebagai hamba kepadaNya..
ujian itu seperti sahabat baik buatmu..terima ia seadanya..mak ayah,minta maaf ;( ............
anakmu banyak main,tidak buat dengan bersungguh-sungguh..