Bayt Ghuraba'
06:59 a.m.
Pekerti Srikandi ini seindah namanya...salah seorang srikandi hebat yang berjaya menggoyahkan ego dan mencabar semangat Sang Perwira Muslimin....
Khaulah Al-Azwar merupakan seorang wanita yang hidup di zaman Sahabat RA. Khaulah
memiliki kekuatan jiwa dan fizikal yang kuat. Susuk tubuhnya tinggi
lampai dan tegap. Sejak kecil beliau sudah pandai bermain pedang dan
tombak. Rasulullah s.a.w. telah membenarkan Khaulah menyertai angkatan peperangan muslimin bersama-sama mujahidah yang lain.
Beliau adik kepada Dhzirar Al-Azwar yang kehandalannya di medan
perang sememangnya tidak asing bagi bagi pencinta sirah Islam. Skil dan
teknik bertempur ini turut diwariskan kepada Khaulah oleh ayahnya
Al-Azwar. Khaulah lantas menjadi seorang wanita
yang mahir berpedang dan berkuda. Jika diteliti sirah mujahidah ini,
boleh dikatakan beliau ialah pahlawan muslimat paling handal dalam
sejarah Islam.
Dalam Perang Yarmouk, beliau menjadi salah seorang yang menonjol atau memimpin kaum wanita yang turut serta terlibat. Bahkan, beliau turut mengalami kecederaan di kepala dalam peperangan yang sangat bersejarah itu.
Namun,
kisah kehandalannya bertempur yang paling masyhur adalah dalam satu
operasi tentera Muslimin untuk menyelamatkan saudaranya Dhzirar yang telah
ditawan tentera Rom sewaktu satu penggempuran di sekitar Damascus. Khaulah telah turut serta dalam operasi tersebut. Dengan
berpakaian hitam, serban hijau dan menggunakan skarfnya sebagai topeng,
beliau yang menyertai pasukan Khalid bin Al-Waleed meluncur laju ke
arah musuh, bertempur dengan handal dan cermat; membantu tentera
Muslimin yang ketika itu sudah keletihan berlawan. Raafe bin
Umaira, panglima skuad sebelum ketibaan Khalid mengungkapkan
ketakjubannya, “Beliau berlawan seperti Khalid, namun jelas beliau bukan
Khalid”.
Khaulah mempamerkan kehandalannya berkuda dan bertempur dengan tombak. Beliau
meluncur laju ke arah barisan Rom, membunuh seorang dengan tombaknya,
lalu meluncur ke arah barisan Rom di bahagian lain dan mencederakan atau
membunuh tentera Rom yang lain. Pertempurannya secara solo itu ibarat
menjadi satu pertunjukan kepada tentera Muslimin yang lain di samping
membangkitkan semangat mereka untuk terus berjuang. Beliau
akhirnya mendedahkan identitinya yang pasti mengejutkan sesiapa yang
mengetahui (dicatatkan Khalid hampir-hampir terjatuh dari kudanya).
Akhirnya, tentera Muslimin, bersama Khaulah berjaya membebaskan panglima Dhzirar dalam satu operasi serangan berikutnya di Beit Lahiya, Gaza,
Palestin.
Sewaktu menyertai perang Sahura,
Khaulah dan beberapa orang wanita telah ditawan oleh musuh. Mereka
telah dikurung dan dikawal rapi beberapa hari lamanya tanpa senjata
untuk melepaskan diri.
Nampaknya
tidak ada cara lain yang paling berkesan melainkan membakar semangat
sahabat-sahabatnya yang lain, agar dapat bertindak pantas sebelum musuh
mengapa apa-apakan mereka. Khaulah sedar Allah sendiri memberi jaminan
bahawa kekuatan jiwa boleh mengalahkan kekuatan senjata. Maka Khaulah
pun berkata:
"Wahai
sahabat-sahabatku yg sedang berjuang di jalan Allah, apakah
saudari-saudari sanggup menjadi tukang-tukang picit orang Rom? Apakah
juga saudari semua sanggup menjadi hamba-hamba orang kafir yang
dilaknati itu. Relakah saudarai dihina dan dicaci maki oleh orang Rom
durjana itu? Dimanakah letaknya harga diri saudari sebagai seorang
pejuang yang rindukan syurga Allah. Dimanakah letak kehormatan saudari
sebagai seorang Islam yang bertaqwa? Sesungguhnya mati itu adalah lebih
baik bagi kita semua daripada menjadi hamba-hamba orang Rom".
Seorang daripada mereka menjawab, "Sesungguhnya
apa yang engkau katakan itu adalah benar. Demi Allah, kami semua
mempunyai harga diri. Pedang lebih berguna dalam keadaan begini. Kalau
kita lalai umpama kambing yang tidak bertanduk tifak (mempunyai
senjata)". Masing-masing mengemukakan berbagai pendapat dan
semuanya menunjukkan ingin mati syahid. Tidak seorangpun yang mahu
menjadi tukang picit orang Rom. Tetapi malangnya mereka tidak mempunyai
senjata hatta sebilah pisau pun tidak ada. Tetapi Khaulah tidak mati
akal dia terus menjawab:
“Wahai
wanita-wanita muslimin sekalian, tiang-tiang dan tali khemah ini sangat
berguna bagi kita dan cukuplah ini saja senjata kita. Syahid lebih baik
bagi kita dan inilah saja cara yang terbaik untuk kita melepaskan diri
dari kehinaan ini, sebelum mereka dapat menyentuh kita atau menyentuh
salah seorg dari kita. Mari kita bersumpah untuk bersatu dalam hal ini
untuk menyerah diri kepada Allah. Sesungguhnya Allah akan menolong
orang-orang yang menolongNYA”.
Masing-masing menjawab, “Demi
Allah segala-segalanya katamu itu adalah benar. Kami tidak rela hidup
dihina, syahid lebih baik bagi kami daripada hidup menanggung malu”.
Tekad para tawanan ini sudah bulat. Setelah
menetapkan harinya maka mereka pun melaksanakan keputusan yang dibuat.
Sebelum itu mereka berdoa sungguh-sungguh pada Allah dan bertaubat
dengan segala dosa yang lalu. Menangis dan merayu memohon campakkan
dalam hati mereka kekuatan jiwa yang kuat dan semoga Allah memudahkan
pekerjaan dan berharap semoga datanglah bantuan-bantuan ghaib untuk
menolong mereka. Khaulah telah memimpin segala urusan dalam pekerjaan
berat itu, dia menyandang tiang kayu siap untuk berjuang. Sebelum itu
dia memberi taklimat kepada anak-anak buahnya:
"Wahai
saudari, jangan sekali-kali gentar dan takut. Kita semua harus bersatu
dalam perjuangan ini dan jangan ada yang terkecuali, patahkan tombak
mereka, hancurkan pedang mereka, perbanyakkan bacaan takbir dan yang
penting ialah saudari mesti kuatkan hati saudari semua. Insya Allah
pertolongan Allah sudah dekat".
Begitulah
keyakinan Khaulah, berkat keberaniannya mereka semua terselamat dari
segala bentuk bencana itu. Setelah mengikat segala yang perlu, dia
diikuti oleh Ifra Bt Ghaffar, Ummi Bt Utbah, Salamah Bt Zari’, Ran’ah Bt Amalun, Salmah Binti Hu’man
dan seluruh wanita lainnya. Khaulah mendahului memukul pengawal dengan
tiang yang dibawanya lalu menamatkan riwayat tersebut. Wanita-wanita
lain bila melihat itu, maka masing-masing bersedia menyerang
pengawal-pengawal lain dan bertempurlah mereka dengan gagah berani.
Orang-orang
Rom ketakutan kerana serangan yang datang secara tiba-tiba. Khaulah
berjaya merampas sebuah tombak lalu digunakan untuk bertempur sedangkan
tiang di tangan kanannya digunakan sebagai melindungi dirinya dari
tusukan tombak dan tebasan pedang.
Akhirnya
Khaulah dan semua wanita berjaya mencerai beraikan pasukan Rom dapat
melepaskan diri dari kafir durjana dan kembali ke pasukan Islam dengan
selamatnya.
***********
Aku rindu kalian wahai srikandi2 'Khaulah Al-Azwar'
K.Izzati, Adilah, Izzaty, Faizah, Dina, Nabilah n aku.....
andai kita masih bersama,bersatu pasti terjadi sesuatu..tapi Dia lebih mengetahui apa yang terbaik buat kita semua..aku relakan perpisahan ini..aku mahu menjadi seorang yang redha atas segalanya..aku doakan kalian berjaya diatas jalan ini...